Thursday, 12 July 2018

Galeri Sultan Abdul Halim



Galeri Sultan Abdul Halimyang terletak di tengah-tengan bandaraya Alor Setar berhadapan dengan Masjid Zahir. Ia merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar namun diubahsuai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri sempena Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu. Orang ramai dapat mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah jika mengunjungi galeri ini.Galeri Sultan Abdul Halim memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Yang turut dipamerkan ialah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini.


FIFA 19



Untuk entri kali ini saya nak post berkenaan FIFA19 keluaran Electronic Arts (EA) yang bakal keluar tak lama lagi. Saya memang peminat tegar permainan video FIFA19. Sekali lagi menampilkan pemenang 5 kali anugerah Ballon D'or, Cristiano Ronaldo sebagai cover kulit depan. Bagi edisi kali ini buat kali pertama sejak 2005 EA membawa masuk UEFA Champion League. Banyak lagi pembaharuan yang bakal diperkenalkan bagi memastikan pengalaman permainan seperti di alam nyata. Ia pasti memberi tekanan kepada pesaing mereka iaitu KONAMI menerusi Pro Evolution Soccer yang kehilangan hak untuk memaparkan UEFA Champion League. Dijangka berada di pasaran pada 28 September 2018.

5 tempat makan best Alor Setar

Semua orang suka makan, kalau orang tu tak suka makan pun dia kena makan jugak kalau nak terus hidup jadi untuk entri kali ini, saya nk cerita sikit antara tempat makan best dekat Alor Setar. Dekat Alor Setar ni boleh dikatakan syurga makanan jugak la sebab banyak sangat kedai makan yang sedap-sedap tapi saya akan senaraikan 5 tempat makan best.

1. Roti Canai Celaru



Saya start dengan sarapan pagi iaitu Roti Celaru yang yang terletak di lorong teknik, Lebuhraya Sultan Abdul Halim dekat dengan Sekolah Teknik Alor Setar kalau nak senang search saja dekat google map. Roti Celaru ni ada satu lagi cawangan dekat Star Avenue yang bersebelahan dengan padang bola Maktab Mahmud. Menu paling top dekat sini sudah semestinya Roti celaru. Roti canai yang yang telah dipotong bersama kuah banjir dan diletak telur goreng separuh masak dekat atas memang sangat menyelerakan.
 
2. Kak Kathy Gulai Itik






Kedai ni dekat jalan gangsa, Kawasan Perindustrian Mergong betul-betul depan Kedai Moto Chin Hin (Jitra). Terkenal dengan gulai itik dan gulai ayam kampung, jenis yang bakar-bakar pun ada dekat kedai ni.



3. Restoran Nasi Lemak Haji Ali



Kalau pada nama mesti ramai yang ingat kedai ni menjual nasi lemak kuah sambal yang selalu kita makan tu. Tapi kedai Nasi Lemak Haji Ali ni sebenarnya adalah restoran nasi mamak. Terletak di Jalan Seberang Perak, kedai dia tepi jalan ja kalau search dekat google map pun boleh jugak.

4. Iman Koew Teow Kerang




Salah satu kedai makan yang famous dekat Alor Setar ni, kalau orang luar Alor Setar datang bertandang ke sini mesti akan kembali kali kedua kerana keunikan rasa koew teow kerang Iman ni. Selain keow teow kerang disini terdapat agi enu lain seperti nasi ayam, makanan barat, dan nasi lemak bungkus. Kedai dia terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah bertentangan dengan Bank Islam Jalan Sultanah.

5. Nasi Kanda Yasmeen




Kedai nasi kandar paling terkenal dekat Alor Setar ni oleh kerana ayam goreng yang rangup tiada tandingan digandingkan pula bersama kuah-kuah yang pekat likat pasti membuat setiap orang terliur apabila melihatnya. kedai ni terletak di Lebuhraya Darulaman berhadapan dengan Hospital lama Alo Setar dan berdekatan stadium Darul Aman.


iMovie



Setelah bermula semester kedua ni, kami diberi tugasan untuk membuat video berkenaan perpaduan kaum di Malaysia bagi subjek Hubungan Etnik. Bukan pasal tugasan tu yang menjadi topik perbualan  kita kali ini. Apa yang yang hendak diceritakan adalah tentang pertama kali saya berpeuang untuk membuat video. Saya menggunakan software iMovie yang tedapat dalam komputer riba saya. untuk permulaan memang agak berasa susah sedikit leh kerana saya memang tiada pengalaman lansung tentang membuat video ni. Setelah pelan-pelan saya mencuba maka terhasil sebuah video yang tak seberapa ini. Saya harap lepas ni saya boleh improve dalam menghasilkan video.



Wednesday, 11 July 2018

Vespa Sprint 150 ABS










Dunia Permotoran zaman sekarang ni pessat berkembang, dengan pelbagai teknologi baru dicipta dan dapat menjimatkan penggunaan bahan api. Scooter juga tidk terlepas dari berkembangan ini. Pada entri kali ini saya ingin menceritakan tentang Scooter Vespa Sprint 150 keluaran Piaggo yang telah menjadi sebuah motosikal vespa ikonik era 60-an. pertama kali muncul pada tahun 1965 sehingga pengeluaran dihentikan pada tahun 1976. Pada 2014 Vespa 150 sekali lagi membuat kemunculan tetapi kali ini dengan menggunakan transmisi automatik. 

Dengan Menggunakan kuasa enjin 150cc ia adalah sebuah motosikal bandar yang sempurna dengan reka bentuk yang mengancam pasti sahaja dapat menambat hati semua yang melihat. dengan kelajuan maksimum sekitar 95 km/j ia sama sekali tidak sesuai untuk digunakan di lebuhraya.

berikut adalah spsifikasi Vespa Sprint 150 ABS





Cara menggunakan gear kereta automatik dengan betul


Zaman sekarang ni mesti ramai yang memandu kereta yang menggunakan transmisi automatik. Kalau kita menggunakan gear dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada geabox kereta yang harganya sangat mahal.



PENGGUNAAN BUTTON PADA GEAR
1. Tekan semasa:
P ke R
R ke P
R ke N
N ke R
2. Jangan sesekali tekan semasa:
N ke D
D ke N
D ke D3
Penggunaan Button atau tombol pada gear kereta dengan cara yang betul adalah bagi mengelakkan kita terlajak menukar gear. semasa menukar gear juga pastikan kereta berehenti sepenuhnya dahulu sebelum menukar ke gear yang lain. contohnya daripada gear R dan anda mahu menukar ke gear D pastikan kereta anda berehnti sepenuhnya dahulu hal ini juga bagi mengelakkan daripada kerosakkan kepada gearbox anda.
Harap dengan Post yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menggunakan gear kereta anda dengan betul.

Tuesday, 10 July 2018

Piala Dunia Russia 2018

2018 menjadi tahun yang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak dunia kerana adanya pertandingan bola sepak paling berprestij iaitu Piala Dunia Russia 2018. Terdapat 32 pasukan bersaing diadalam edisi kali ini.

Senarai pasukan yang layak



Ia dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diundi mengikut ranking dan benua sesebuah pasukan supaya dibahagikan dgn seadilnya. 

Hasil Undian



Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati. Sudah semestinya pasukan pilihan dijangka akan ke peringkat kalah mati. 


Piala dunia pastinya hadir dengan pelbagai kejutan. Bagi edisi kali ini tidak terlepas dengan  kejutan.  Pasukan seperti Itali, Chile dan Belanda sebagai pasukan pilihan yang tidak layak dengan penyertaan pertama piala dunia bagi pasukan Panama dan Iceland. Selepas selesai perlawanan peringkat kumpulan banyak lagi kejutan tercipta dengan juara beratahan German terkandas di peringkat kumpulan. Pertandingan yang telah memasuki peringkat separuh akhir, pastinya lebih menarik kerana pasukan yang layak iaitu Belgium lwn Perancia dan Croatia lwn England akan berjuang habis-habisan pada 10 dan 11 Julai ini untuk merebut slot ke peringkat akhir Piala Dunia. Sama-sama kita nantikan pasukan mana bakal mumcul Juara Piala Dunia Russia 2018. 

‘May the best team win’