1. Roti Canai Celaru
Saya start dengan sarapan pagi iaitu Roti Celaru yang yang terletak di lorong teknik, Lebuhraya Sultan Abdul Halim dekat dengan Sekolah Teknik Alor Setar kalau nak senang search saja dekat google map. Roti Celaru ni ada satu lagi cawangan dekat Star Avenue yang bersebelahan dengan padang bola Maktab Mahmud. Menu paling top dekat sini sudah semestinya Roti celaru. Roti canai yang yang telah dipotong bersama kuah banjir dan diletak telur goreng separuh masak dekat atas memang sangat menyelerakan.
2. Kak Kathy Gulai Itik
Kedai ni dekat jalan gangsa, Kawasan Perindustrian Mergong betul-betul depan Kedai Moto Chin Hin (Jitra). Terkenal dengan gulai itik dan gulai ayam kampung, jenis yang bakar-bakar pun ada dekat kedai ni.
3. Restoran Nasi Lemak Haji Ali
Kalau pada nama mesti ramai yang ingat kedai ni menjual nasi lemak kuah sambal yang selalu kita makan tu. Tapi kedai Nasi Lemak Haji Ali ni sebenarnya adalah restoran nasi mamak. Terletak di Jalan Seberang Perak, kedai dia tepi jalan ja kalau search dekat google map pun boleh jugak.
4. Iman Koew Teow Kerang
Salah satu kedai makan yang famous dekat Alor Setar ni, kalau orang luar Alor Setar datang bertandang ke sini mesti akan kembali kali kedua kerana keunikan rasa koew teow kerang Iman ni. Selain keow teow kerang disini terdapat agi enu lain seperti nasi ayam, makanan barat, dan nasi lemak bungkus. Kedai dia terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah bertentangan dengan Bank Islam Jalan Sultanah.
5. Nasi Kanda Yasmeen
Kedai nasi kandar paling terkenal dekat Alor Setar ni oleh kerana ayam goreng yang rangup tiada tandingan digandingkan pula bersama kuah-kuah yang pekat likat pasti membuat setiap orang terliur apabila melihatnya. kedai ni terletak di Lebuhraya Darulaman berhadapan dengan Hospital lama Alo Setar dan berdekatan stadium Darul Aman.
No comments:
Post a Comment