Bandaraya Alor Setar ni takdala besar sangat dari satu nak ke satu tempat yang lain paling lama pun 30 minit saja disebabkan keadaan trafik kurang kalau jalan nak jem pun time orang masuk/balik office dengan waktu perayaan. Masa untuk saya nak ke tempat kerja cuma 15-20 minit sahaja diamana jarak dari rumah ke tempat kerja sekitar 10km. Ini adalah salah satu faktor utama kenapa Alor Setar ni seronok untuk menetap. Kesesakan lula lintas ni sebenarnya suatu proses yang memenatkan selain membazir banyak waktu.
Salah satu keistinewaan Alor Setar ni adalah terdapat jalan mini tar di celah-celah sawah padi yang juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai jalan ban atay batas ban. Apa yang istimewa jalan ni adalah kita melalui jalan di tengah-tengah sawah padi suatu pengalaman yang boleh dikatakan hanya di Kedah saja yang dapat merasakan pengalaman sedemikian selain pemandangan yang sangat cantik serta dapat merasai perasaan yang tenang sambil menghirup udara segar. Terdapat banyak aktiviti boleh dilakukan disini antaranya berjoging, berbasikal, menangkap ikan, bermain layang-layang dan banyak lagi.
Aktiviti malam pulak dekat alor setar ni tak la banyak sangat tapi cukup untuk mehilangkan bosan. Macam dekat tempat lain jugak ada yang keluar makan, ada yang melepak, ada yang berehat dekat rumah dan yang menonton perlawanan bola sepal di stadium.
Saya rasa cukup sekadar itu saja untuk entri kali ini. Sila tinggalkan komen anda di ruang komen di bawah untuk menanyakan lebih lanjut tentang Alor Setar. Sekian.
No comments:
Post a Comment