Thursday, 12 July 2018

Galeri Sultan Abdul Halim



Galeri Sultan Abdul Halimyang terletak di tengah-tengan bandaraya Alor Setar berhadapan dengan Masjid Zahir. Ia merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar namun diubahsuai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri sempena Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu. Orang ramai dapat mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah jika mengunjungi galeri ini.Galeri Sultan Abdul Halim memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Yang turut dipamerkan ialah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini.


No comments:

Post a Comment